Burung helang cedera, terbaring tepi jalan dilanggar lari

Ketiga-tiga polis trafik bersama burung helang yang diselamatkan selepas dilanggar lari di kawasan Permyjaya, semalam. Gambar kredit SFC

MIRI— Kepantasan tiga polis trafik berjaya menyelamatkan seekor burung helang (Changeable Hawk-Eagle) yang terbaring ditepi jalan dalam keadaan cedera, dipercayai ‘dilanggar lari’ sebuah kenderaan ketika terbang rendah melintas jalan di kawasan Permyjaya, dekat sini semalam.


Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) Wilayah Miri memberitahu, burung tersebut ditemui di tepi jalan berhampiran lokasi anggota polis trafik Miri yang sedang menjalankan rutin harian pemeriksaan lalu lintas di kawasan tersebut.



“Anggota polis trafik berkenaan lantas membawa burung tersebut ke klinik haiwan terdekat untuk rawatan.


Burung helang tersebut kemudian dihantar ke pejabat SFC Wilayah Miri bagi tujuan pemantauan serta tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, pihak SFC Wilayah Miri  berterima kasih atas keprihatinan dan tindakan pantas anggota pasukan Polis Trafik Miri dalam usaha menyelamatkan burung tersebut. 

Next Post Previous Post