20 kubur rosak dihempap pokok tumbang

Keadaan kubur di Jalan Chukun, Teku yang terjejas akibat dihempap pokok tumbang disambar petir.


SIBU— Dua puluh kubur di Tanah Perkuburan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu  di Jalan Chukun, Teku rosak selepas dihempap pokok yang tumbang akibat disambar petir.


Pengerusi SDNU Sibu Chambai Lindong berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh pekerja kepada penjaga kubur itu pada 30 Mei.



“Panahan petir itu menyebabkan dua batang pokok hangus dan tumbang sebelum menghempap kubur menyebabkan kerosakan.


Kami kemudian segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memadam kebakaran itu sebelum ia merebak,” katanya dipetik Dayak Daily.


Chambai menambah, kebakaran itu dilaporkan berulang pada 1 Jun menjejaskan lebih banyak kubur.



Katanya, cuaca panas melampau mungkin menyebabkan pokok di situ mudah terbakar.


Beliau turut menggesa waris memeriksa kubur yang terjejas untuk membersih dan membaiki kerosakan akibat kejadian itu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.