Taib bangga pencapaian Sarawak dalam pembangunan ekonomi hidrogen di Asia Tenggara

Tun Taib (empat kanan) menerima Hormat Diraja daripada Kawalan Kehormatan Utama semasa sesi pembukaan persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini. Gambar kredit Japen

KUCHING— Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berbangga dengan pencapaian Sarawak yang kini berada di barisan hadapan dalam pembangunan ekonomi hidrogen di Asia Tenggara.

Beliau  berkata ekonomi hidrogen ini akan menjadi penyumbang besar kepada kesejahteraan ekonomi Sarawak dan mengurangkan kebergantungan kepada industri tradisional. 

“Kita akan mencipta sumber pendapatan baharu untuk mengurangkan penggantungan terhadap sumber asli dan bahan api fosil yang semakin berkurangan,” katanya semasa berucap merasmikan sesi pembukaan persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Beliau turut memuji kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memperkenalkan inisiatif yang berpandangan jauh itu untuk mengubah ekonomi negeri Sarawak.

“Saya gembira Sarawak bekerjasama dengan sektor swasta dan kerajaan asing untuk memanfaatkan potensi pasaran karbon. Aliran hasil baharu daripada sumber hutan akan dijana untuk projek perdagangan karbon,” tambahnya.

-- BERNAMA
Next Post Previous Post