Tahanan warga asing dijumpai tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia

Kredit gambar TVS

SERIAN— Seorang tahanan yang dijumpai tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia di Depot Tahanan Immigresen Simuja di sini awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, polis menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar jam 3.55 pagi tadi melibatkan seorang tahanan warga asing di depot tahanan tersebut yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri. 


"Sebaik sahaja menerima panggilan itu, polis telah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. 


"Siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya lagi, polis masih menjalankan siasatan lanjut punca kematian mangsa. 


Tambah Aswandy, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk proses bedah siasat. 


Kes masih dalam siasatan. 


"Kes ini diklasifikasi sebagai kes kematian mengejut," ujarnya.

Next Post Previous Post