Suruh gadis muda jaga kedai sorok aktiviti judi dalam talian berjaya ditumpaskan

Gambar Polis

BAU—Taktik menggunakan wanita muda untuk menjaga kedai bagi menyembunyikan aktiviti penjualan judi dalam talian tumpas apabila dua gadis ditangkap di lokasi berasingan di Tondong di sini petang tadi. 


Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, gadis terbabit berusia 18 dan 19 tahun ditangkap semasa Op Dadu yang dijalankan dari jam 1.30 petang hingga 4.15 petang di dua tempat berasingan iaitu premis kedai serbaneka di Tondong dan Pekan Tondong Jalan Bau-Lundu. 



"Kedua-dua suspek wanita tempatan diberkas oleg pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Tegasnya tangkapan dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana disyaki menjalankan kegiatan penjualan judi dalam talian.



Poge menambah, polis turut merampas dua unit telefon pintar, dua keping simkad Digi dan sejumlah wang tunai. 


Katanya lagi, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. 


"Jika sabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara," ujarnya.


Kes masih dalam siasatan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.