-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Seorang maut, empat parah kemalangan dua kenderaan

| Mei 14, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-14T13:51:44Z
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan sehingga mengorbankan seorang wanita di Jalan Besar Pusa, di sini petang tadi. Gambar kredit Bomba

SARATOK—Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Besar Pusa, di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Gelora Aman, 59, yang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pusa.


“Mangsa menaiki kenderaan Toyota Camry bersama dua lagi penumpang yang cedera parah dan patah kaki.

“Dua lagi yang parah adalah pemandu dan penumpang kenderaan Toyota Avanza yang patah kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.09 petang.

Beliau berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Avanza dan juga Toyota Camry bertembung dari arah bertentangan menyebabkan kereta jenis Avanza terbalik ke arah parit berdekatan.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam seterusnya dihantar ke Klinik Kesihatan Pusa menggunakan kenderaan awam.

Pasukan bomba hanya membuat kerja-kerja flushing di lokasi kemalangan bagi memastikan keadaan kembali selamat,” katanya.
×
Berita Terbaru Update