Rumah berkembar terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

Keadaan dua buah rumah yang terbakar di Jalan Intan Pisang awal pagi tadi. Gambar kredit Bomba

KUCHING—Dua rumah berkembar di Jalan Intan Pisang Road dekat sini, musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu mengakibatkan sebuah rumah kosong yang tiada berpenghuni terbakar sepenuhnya.

Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, sementara sebuah lagi rumah yang berpenghuni terbakar 100 peratus di bahagian tingkat atas rumah tersebut.

"Sejurus panggilan sekitar jam 4.49 pagi, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang serta pasukan balai bantuan daripada BBP Padungan dikerah ke lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PGO, pasukan pemadaman BBP Batu Lintang membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliram 300 kaki dua nozel.

Sementara itu katanya, BBP Padungan pula menggunakan 1 aliran 200 kaki 2 nozel masing-masing menggunakan sumber air dari pili bomba.

"Anggaran keluasan bagi setiap rumah berkenaan adalah 35 kaki x 40 kaki persegi manakala kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Operasi kemudian dapat dikawal pada jam 05:41 pagi," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.