Remaja ditahan cuba lari selepas langgar anggota polis

Gambar hiasan

SEREMBAN—Seorang remaja ditahan selepas melanggar seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri dari pemeriksaan jalan raya di Jalan Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, remaja berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu ditahan bagi tujuan pemeriksaan sebelum dia bertindak melarikan diri dan melanggar seorang anggota menyebabkan dia turut terjatuh mengenai penghadang jalan.

“Anggota polis yang dilanggar mengalami kecederaan di kepala manakala remaja terbabit cedera di bahu dan kaki akibat terjatuh dari motosikalnya. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan mendapati suspek melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen memandu. Semakan terhadapnya mendapati tiada rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing adalah negatif dan direman tiga hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam selain menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang tindakan yang mendatangkan bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.