Raba peha penumpang, pemandu e-hailing ditahan
![]() |
Suspek (dua dari kanan) dibawa ke lokap Balai Polis pusat Miri. Gambar Polis Miri |
Tangkapan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri sekitar jam 10.50 malam di tepi jalan Marina Square.
Dalam kejadian pada petang Sabtu itu (7 Mei), suspek berusia 53 tahun dilaporkan telah bertindak meraba penumpangnya selepas mengambil mangsa di Desa Senadin.
Semasa dalam perjalanan ke rumah rakan mangsa di Desa Murni, suspek dikatakan telah bertindak meraba peha kanan mangsa.
Menurut sumber polis, semasa mangsa berada di dalam kenderaan terbabit, mangsa turut ternampak suspek ada mengeluarkan sesuatu menyerupai botol pemyembur.
Terkejut dengan tindakan itu, mangsa telah bertindak turun ketika kenderaan itu menghampiri lampu isyarat berhampiran Poliklinik Tudan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.