Polis sahkan dua pekerja syarikat perindustrian di Samalaju maut
Gambar hiasan |
Memetik laporan Utusan Borneo Online, Batholomew berkata pihaknya menerima laporan rasmi berhubung insiden berkenaan sekitar jam 9.10 malam tadi.
"Polis dan agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut," katanya.
Jelasnya, kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).
"Sebarang perkembangan terbaharu berhubung kes akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Identiti kedua-dua mangsa serta punca kejadian bagaimanapun masih lagi dalam siasatan," dedahnya.
Dalam pada itu, Batholomew mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan.