Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dipinda


PUTRAJAYA— Peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 telah dipinda ke tarikh baharu, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 adalah 25 dan 26 Mei serta 13 hingga 15 Jun, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 adalah 16, 20, 21 dan 22 Jun.

Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 sebelum ini dijadualkan pada 18, 19, 24 dan 26 Mei, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula pada 13, 14, 15 dan 16 Jun.

Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei lepas boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel stpm@mpm.edu.my atau melalui telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.