Pemandu tersepit, dua treler bertembung di Sibu
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dan cedera dalam kemalangan di Jalan Wawasan petang tadi. Gambar Bomba Sarawak |
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan jam 3.24 petang.
Beginilah keadaan kedua-dua treler yang bertembung dalam satu kemalangan di Sibu. Gambar Bomba Sarawak |
Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa muatan simen dan sebuah treler kontena yang bertembung dari arah bertentangan.
"Kemalangan menyebabkan pemandu lori kontena berusia 49 tahun tersepit dan mengalami luka di bahagian dahi.
Gambar Bomba Sarawak |
"Mangsa kemudian dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans untun rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Gambar Bomba Sarawak |
Manakala seorang lagi pemandu tidak mengalami kecederaan.
Setelah memastikan keadaan semua selamat pasukn bomba bertolak ke balai.