Korea Utara sahkan kes pertama Covid-19

Gambar hiasan

PYONGYANG—Korea Utara pada Khamis mengesahkan kes COVID-19 yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun, lapor Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Media kerajaan berkata sampel telah dikumpul daripada sekumpulan pesakit pada Ahad dan mengesan terdapatnya jangkitan melibatkan subvarian Omicron dikenali BA.2.

Menurut KCNA ia sebagai "insiden kecemasan negara paling buruk."

-- BERNAMA
Next Post Previous Post