Kadar jenayah jalanan di Miri menurun 87 peratus

Operasi Bersepadu Aidilfitri dan Operasi Kesan dilancarkan di sekitar Miri bermula 28 April hingga 8 Mei. Gambar kredit Polis Daerah Miri

MIRI— Kadar jenayah jalanan bagi jenayah harta benda dan kekerasan di sini menunjukkan penurunan yang amat ketara sebanyak 87 peratus dalam tempoh hampir lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, penyelesaian kes bagi tahun ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 93 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. 


“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tidak khuatir dengan tahap keselamatan diri dan harta benda.

“Pada masa yang sama masyarakat Miri digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah yang berlaku kepada pihak polis supaya tinda kan undang-undang boleh diambil ke atas pelaku agar ketenteraman dan keselamatan masyarakat terjaga,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu Alexson memberitahu, seramai 16 individu berusia lingkungan 28 higga 67 tahun ditahan dalam Operasi Bersepadu Aidilfitri dan Operasi Kesan dilancarkan di sekitar Miri bermula 28 April hingga 8 Mei.

Operasi yang diketuai oleh beliau sendiri melibatkan Sseramai 43 pegawai dan anggota.

Katanya, mereka antara 327 individu yang diperiksa dan dikesan dalam operasi yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (IPD Miri) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Sebanyak 226 kenderaan dan 296 jenis premis telah diperiksa dalam operasi tersebut.

“Op Bersepadu Aidilfitri dan Op Kesan ini adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan orang awam pada musim perayaan serta mengurangkan kegusaran di kalangan masyarakat Miri berhubung dengan kejadian jenayah,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Op ini juga adalah untuk mencegah dan mengurangkan jenayah di kawasan ‘panas’ sera mengesan orang yang dikehendaki. 

Katanya, sepanjang Op Aidäfitri dan Op Kesan dilancarkan, pihak IPD Miri mendapat sambutan yang positif daripada masyarakat tempatan dengan keberadaan pihak polis di kawasan perumahan, premis perniagaan dan kawasan rekreasi awam.
Next Post Previous Post