Itali siap siaga hadapi ancaman serangan siber Killnet

Gambar hiasan kredit Freepik

ROME—tali mengambil langkah berjaga-jaga selepas kumpulan penggodam pro-Rusia 'Killnet' yang mendakwa ia akan melancarkan serangan siber pada Isnin sehingga mengakibatkan kerosakan "tidak dapat dipulihkan" di negara itu.


Killnet telah melancarkan beberapa serangan terhadap institusi awam Itali sejak beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk di laman web Senat dan kementerian pertahanan.


Pendakwa raya Rom sedang menyiasat serangan siber itu, lapor agensi berita Itali (ANSA).


Kerajaan Itali menyokong sekatan yang dikenakan negara Barat ke atas Rusia susulan operasi ketenteraannya ke atas Ukraine serta memberi sokongan kepada Kyiv, termasuk bantuan ketenteraan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.