Inter Milan rangkul Piala Itali, tewaskan Juventus 4-2 di final

Inter Milan dinobatkan juara Piala Itali 2022

Inter Milan dinobatkan juara Piala Itali 2022 selepas menewaskan Juventus 4-2 dalam perlawanan akhir di Stadio Olimpico semalam. Gambar FB Inter Milan

ANKARA— Inter Milan dinobatkan juara Piala Itali 2022 selepas menewaskan Juventus 4-2 dalam perlawanan akhir di Stadio Olimpico pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.


Nicolo Barella menghasilkan gol Milan seawal perlawanan bermula, sebelum Juventus mendahului 2-1 dengan rembatan gol Alex Sandro dan Dusan Vlahovic.


Berbaki 10 minit sebelum perlawanan tamat, Hakan Calhanoglu menembusi gawang lawan menerusi sepakan penalti, memaksa aksi dilanjutkan ke masa tambahan.


Pada masa tambahan, Ivan Perisic meledakkan dua gol membolehkan pasukannya menang 4-2.


Inter menjuarai Coppa Italia pertama mereka sejak 2011.

-- BERNAMA


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.