-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Empat agensi pengurusan air Sarawak bakal digabung

| Mei 14, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-14T08:53:49Z
Hasil kajian pengabungan empat entiti berkenaan akan dikemukakan ke Kabinet Sarawak. Gambar Loji Air Salim, Sibu. Kredit FB Julaihi Narawi

KUCHING-- Sarawak akan menggabungkan empat entiti pengurusan sumber air serta bekalan air paip di negeri itu sebagai satu entiti baharu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi (gambar sisipan) berkata empat entiti tersebut ialah Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

"Kami masih mengkaji butiran akhirnya dengan juruperunding, setelah semuanya teratur kami akan membawanya ke Kabinet (Sarawak)," katanya pada majlis sambutan Aidilfitri di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Julaihi berkata pihaknya berhasrat agar satu entiti sahaja akan menguruskan air di negeri ini bagi meningkatkan kecekapan dan juga menseragamkan keseluruhan pengurusannya.

"Ini kerana air adalah keperluan harian orang ramai, air adalah kehidupan, maka penting bagi kami menguruskannya sebaiknya," tambahnya yang menyasarkan penggabungan itu secepat mungkin tahun ini.

-- BERNAMA
×
Berita Terbaru Update