Dua kedai di Sungai Antu musnah terbakar

Gambar kredit Bomba

SIBU-- Dua buah kedai di Jalan Industri Sungai Antu berdekatan gelanggang bola keranjang di sini musnah terbakar yang berlaku lewat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi
Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 5.03 petang.

"Pelapor memaklumkan berlaku kebakaran rumah kedai di lokasi kejadian.

"Pihak Bomba Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sungai Merah dan balai bantuan BBP Sibu Sentral telah bergerak ke lokasi kejadian,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya komander operasi melaporkan Setibanya Pasukan di lokasi kebakaran melibatkan 2 buah bangunan kedai.

Jelasnya,kedai tersebut jenis kekal 2 tingkat yang dipercayai bermula dari bahagian bawah belakang bangunan kedai berkenaan.

"Anggaran keluasan keseluruhan 2 buah kedai berkenaan adalah 50’ x 40,"ujarnya.

Katanya lagi,sehingga kini pasukan Bomba membuat kerja-kerja pemadaman.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.