Cacar monyet: Tiada kes diterima KKM setakat ini

Tangkap layar tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti cacar monyet. Gambar media sosial 

KUALA LUMPUR-- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes jangkitan cacar monyet atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus itu seperti dalam mesej berserta gambar yang tular di media sosial.


KKM dalam hantaran di Twitter menyatakan ia tidak menerima pemakluman berhubung jangkitan itu setakat 5 petang hari ini.


“Sekiranya gambar itu adalah benar, waris kepada kanak-kanak itu dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan,” katanya.


Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post