Buang janin di tandas, pasangan kekasih ditahan


KUALA LUMPUR—Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes penemuan janin di dalam tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata lelaki dan wanita berusia 27 tahun itu ditahan di pekarangan Hospital Tuanku Azizah, di sini pada 12.15 tengah malam semalam.

“Mereka ditahan ketika wanita terbabit menerima rawatan di hospital itu akibat pendarahan serius. Kedua-duanya direman hingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.