Brek tak ‘makan’: Dua lori berlanggar, pemandu tersepit

Pasukan penyerlamat terdiri daripada bomba dan APM sedang mengusung mangsa kemalangan keluar dari lori.

BETONG— Seorang pemandu tersepit setelah lori yang dipandunya merempuh belakang lori rakan sekerja dalam kejadian di Simpang Nanga Ban Jalan Tanjung Assam dekat sini.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Lt. Muda(PA), Desem Samuel berkata, Skuad Bravo dibantu  tiga anggota dikerah ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.


Pasukan bomba dan APM bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah lori.


Setibanya di lokasi, seorang lelaki berumur 48 tahun mengalami kecederaan akibat tersepit. Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah lori dan sebuah kereta.


Katanya, anggota kemudian membantu mengeluarkan mangsa yang masih tersepit dalam kenderaan.


Pihak APM bertindak membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Betong mengeluarkan mangsa tersepit yang mengambil masa sekitar 25 minit.


"Difahamkan lori pengangkut pasir yang dipandu oleh rakan sekerja mangsa mengalami masalah brek  menyebabkan lorinya mengundur semasa menaiki bukit dan kenderaan dibelakangnya sebuah kereta jenis proton saga mengelak daripada melanggar belakang lalu terbabas ke tepi parit.


"Manakala sebuah lagi lori yang dipandu mangsa di belakang kereta terbabit tidak dapat mengelak lalu melanggar belakang lori tersebut menyebabkan kemalangan," ujarnya.


Mangsa telah dihantar ke Hospital Betong menggunakan EMRS Bomba untuk rawatan selanjutnya.


Pihak APM bertindak membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Betong mengeluarkan mangsa tersepit yang mengambil masa sekitar 25 minit.


Mangsa telah dihantar ke Hospital Betong menggunakan EMRS Bomba untuk rawatan selanjutnya.

Next Post Previous Post