Bekas penolong jurutera mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,600

Tertuduh semasa keluar daripada Mahkamah Khas Rasuah di Miri selepas mendengar pertuduhan yang dibaca kepadanya hari ini.


MIRI—Bekas  penolong jurutera sebuah syarikat penyedia bekalan elektrik di sini  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah daripada tujuh kontraktor elektrikal sekitar tahun 2019 dan 2020.


Suapan itu sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses kelulusan pemasangan elektrik di premis kontraktor tersebut.


Tertuduh berusia 46 tahun itu menghadapi 10 pertuduhan mengikut Seksyen Seksyen 25(1) Kanun Keseksaan.


Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Steve Ritikos pada Jumaat.


Tertuduh dituduh atas kesalahan kerana gagal melaporkan penerimaan duit rasuah daripada kontraktor tersebut dengan nilai suapan berjumlah RM1,600.


Mahkamah menetapkan 30 Jun ini bagi tarikh pengurusan kes.


Tertuduh diwakili Shikh Rajjish Ahmad dari Shikh Rajjish & Partners Advocates, sementara pendakwaan dikendalikan pegawai Pendakwa SPRM , Kamsiah Ahmad.

Next Post Previous Post