Banjir: 24 sekolah di Beaufort, Tenom tutup

Keadan Beaufort yang ditenggelami air susulan hujan berterusan sejak Isnin. Gambar Polis Daerah Beaufort

KOTA KINABALU—Sebanyak 24 sekolah di Beaufort dan Tenom ditutup hari ini akibat banjir susulan hujan berterusan sejak Isnin.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Mistirine Radin berkata penutupan sekolah buat sementara waktu termasuk sebuah sekolah menengah itu melibatkan seramai 474 guru dan 4,526 murid.

Beliau berkata 17 sekolah di Beaufort melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lian Hwa, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago, SK Pekan Membakut dan SK Bangkalalak.


“Turut ditutup, SK Kabajang, SK Batu 60, SK Batandok, SK St John, SK St Paul, SK Luagan, SK Klias Baru, SK Garama, SK Mempagar, SK Biah Batu 65, SK Suasa, SK Lupak, dengan kesemua melibatkan 361 guru dan 3,656 pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Tenom, Mistirine berkata ia melibatkan SK Gumisi, SK Ladang Sapong, SJKC Yuk Syn, SJKC Pada, SK Inubai dan SK Sumambu, manakala SK Mandalom ditutup untuk dijadikan pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa banjir di kampung berhampiran.


“Penutupan sekolah buat sementara waktu di daerah berkenaan melibatkan seramai 113 guru dan 870 murid,” katanya.

Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 49 kampung di Beaufort dan Tenom terjejas banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak petang Isnin.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.