-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis

| Mei 25, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-25T01:15:30Z
Gambar kredit BAM

KUALA LUMPUR—Badminton Terbuka Malaysia yang dua tahun tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19, kini kembali sebagai Petronas Terbuka Malaysia akan berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai.


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan badminton itu yang merupakan salah satu daripada lima kejohanan siri super berprestij dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan menyediakan hadiah keseluruhan US$675,000 (RM2,963,250).


“Kejohanan itu akan menarik peminat dengan memasukkan acara pembukaan khas, pemetaan unjuran dan persembahan dron pada hari terakhir.


“Akan turut diadakan karnival Festival Malaysia di kawasan terbuka dengan permainan interaktif seperti badminton udara, jualan makanan, selain persembahan kebudayaan dan artis tempatan bersempena dengan kejohanan itu dari jam 3 petang sehingga 10 malam,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan BAM itu menyatakan karnival Festival Malaysia itu memfokuskan kepada pertunjukkan budaya Malaysia, pelancongan dan sukan sebagai asas kepada festival itu bagi membanggakan rakyat Malaysia.


Sementara itu Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata BAM amat berbesar hati kerana sebuah jenama global terkenal kini bersama-sama mereka, dan berterima kasih kepada Petonas atas sokongan syarikat itu kepada mereka.


Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula pukul 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500, manakala promosi pembeli awal tertakluk kepada 2,000 tiket pertama dijual.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update