Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Wan Junaidi

Gambar kredit Istana Negara

KUALA LUMPUR—Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pemergian isterinya Datin Seri Feona Sim @ Norjanah semalam.


“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.


Allahyarhamah Feona yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching, Sarawak pada pukul 6 petang semalam.


Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi  yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), pada 9 Sept 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.