18 maut dalam letupan hotel di Cuba

Gambar tangkap layar Hotel Saratgora Havana yang meletup dan meragut 18 nyawa. Gambar media sosial

ANKARA—Satu letupan kuat berlaku pada Jumaat di Hotel Saratoga di Havana,  ibu negara Cuba, mengakibatkan kematian dan kerosakan teruk,  lapor Agensi Anadolu.

Setakat ini 18 mangsa disahkan meninggal dunia dan 64 yang lain cedera.

“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan susulan kemungkinan masih ada mangsa terperangkap,” menurut kerajaan di Twitter.

Penduduk tempatan turut membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Kerajaan Cuba mendakwa letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh kerja penyelenggaraan membabitkan gas cecair yang dilakukan di hotel.

Hantaran di media sosial memaparkan bangunan hotel mengalami kerosakan teruk. 

Kejadian berlaku pada tengah hari di hotel yang terletak di Paseo del Prado.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.