Sebar video teman wanita bawah umur, remaja lelaki dicekup

Suspek remaja lelaki (tengah) dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri selepas ditahan di Kuala Lumpur

MIRI--Gara-gara menyebarkan video tidak senonoh teman wanitanya yang dibawah umur berasal dari Miri, seorang remaja lelaki dari Kuala Lumpur ditahan polis pada Rabu untuk siasatan lanjut.

Insiden video tular itu yang dilakukan melalui satu akaun milik suspek berusia 17 tahun itu ketahuan oleh ibu mangsa pada pertengahan bulan lalu.

Susulan itu, ibu mangsa telah tampil membuat satu laporan di Balai Polis Pusat Miri.


Tangkapan pada jam 9 pagi Rabu (6 April) itu diketuai DSP Loh Wooi Kee dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama anggota dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur, susulan menerima laporan ibu mangsa berhubung kejadian.

Motif perbuatan suspek itu masih dalam siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri.

Kes dissiasat dibawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Next Post Previous Post