Protes bantah kenaikan harga minyak masak dan lanjutan jawatan presiden

Gambar kredit Tribunnews

JAKARTA-- Ratusan mahasiswa berkumpul di hadapan kompleks Parlimen di sini memprotes kenaikan harga minyak masak serta menolak rancangan pelanjutan tempoh jawatan presiden.

Demonstrasi anjuran Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia turut diadakan serentak hari ini di Ambon, Bandung, Makassar, Manokwari, Palembang, Palu, Semarang dan Samarinda.

Demonstrasi itu tetap berlangsung meskipun sehari sebelumnya Presiden Joko Widodo melalui akaun Youtube Sekretariat Presiden menegaskan Pilihan Raya Umum 2024 tidak ditunda.

Kenyataan itu dibuat untuk menamatkan spekulasi dalam kalangan masyarakat kononnya kerajaan cuba menangguhkan pilihan raya atau pelanjutan jawatan presiden dan presiden tiga penggal.

Di Jakarta, mahasiswa berkumpul seawal pagi di pintu gerbang Monumen Nasional dan di Bulatan Patung Kuda Arjuna Wiwaha.

Polis Daerah Metro Jaya mengerahkan 6,826 anggota berkawal untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan 1,333 anggota tentera dikerah untuk membantu mengawal keselamatan.

Demonstrasi berakhir setelah wakil mahasiswa menyampaikan tuntutan kepada wakil ketua Dewan Perwakilan Rakyat yang diiringi Ketua Polis, Jenderal Listyo Sigit Prabowo di kompleks Parlimen.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.