PM Ismail Sabri tidak pasti kesahihan 'PASLeaks'

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gambar arkib

PUTRAJAYA—Susulan tular dokumen ‘PASLeaks’ yang mengandungi dakwaan percaturan termasuk untuk mencampuri urusan kehakiman, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kesahihan dokumen itu tidak dapat ditentukan.

“Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung dokumen yang tular itu ketika ditemui pemberita selepas  merasmikan sesi Town Hall dan melancarkan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini.

Dokumen  “PASleak” yang tular mengandungi dakwaan terdapat gerak kerja untuk percaturan politik termasuk menyentuh idea campur tangan dalam bidang kehakiman.

Dokumen itu turut menyentuh mengenai masa depan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.