Peniaga ayam mengaku tidak bersalah guna wang palsu

Penjual ayam mengaku tidak bersalah guna wang palsu. Gambar kredit MStar Online

KUANTAN—Seorang peniaga ayam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan wang palsu berjumlah RM700 pada minggu lepas.

Rohamad Mohamad Saaid, 58, didapati menggunakan sebagai tulen mata wang Malaysia iaitu tujuh keping RM100 yang palsu pada 12.15 tengah hari 18 April lepas, yang didepositkan ke akaun seorang individu  di sebuah bank di Indera Mahkota di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan sebanyak RM8,000 atas alasan menanggung isteri dan seorang anak.

Hakim Mohd Kafli Che Ali kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.