Penduduk Limbang terpaksa guna kapal terbang buat MyKid

Dr Abdul Rahman menyerahkan bantuan pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya 2022 di Limbang semalam.

LIMBANG— Menggunakan pengangkutan udara hanya untuk membuat kad pengenalan diri kanak-kanak (MyKID).

Itulah hakikat pahit yang perlu dirasai dan ditelan warga Limbang selepas bekalan dokumen di Jabatan Pendapatan (JPN) dekat sini dilaporkan habis sejak lebih setahun lalu.

Bagi yang tidak dapat menunggu lama dokumen itu, mereka perlu pergi sama ada ke JPN Kuching, JPN Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, JPN UTC Sibu atau JPN UTC Miri.

Kesemua pejabat JPN yang disebutkan hanya dapat didatangi menggunakan kapal terbang memandangkan jalan darat masih tidak dapat dilalui berikutan penutupan sempadan.

Ketiadaan bekalan MyKID itu menyukarkan penduduk di utara ini kerana dokumen tersebut amat penting terutama pada masa ini dihimpit masalah logisitik dan penutupan sempadan.

“Tidak semua juga penduduk di sini mampu membeli tiket penerbangan dan ini menambahkan kesukaran mereka untuk melakukan pergerakan keluar daerah.

“Sekiranya terpaksa menggunakan pengangkutan udara, lama lagilah kami mendapat dokumen tersebut,” keluh penduduk.

Mengulas perkara ini, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail menggesa JPN agar segera mengatasi masalah tersebut.

“Masalah tiada stok ini sudah berlarutan sejak setahun lalu.

“Saya menyeru JPN supaya memberi perkhidmatan yang menyeluruh tidak kira bandar besar atau bandar kecil,” katanya ketika ditemui Borneo Network semasa Majlis Sejambak kasih Hari Raya 2022 dekat sini semalam.

Dr Abdul Rahman berharap JPN bertndak segera dan menambahbaik sistem perkhidmatan mereka demi kesejahteraan penduduk di Limbang.
Next Post Previous Post