Lelaki sempat selamatkan diri dalam kebakaran

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Taman Hiltop petang semalam.

MIRI—Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri dalam satu kebakaran yang memusnahkan hampir separuh struktur rumahnya di Taman Hiltop, dekat sini tengah hari semalam.

Pemangku zone 6 Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1.54 petang.

“Seramai lapan anggota dari Balai Sentral Miri diketuai PKPgB Bonny Martin telah dikerah ke lokasi selepas dimaklumkan kejadian.

"Setiba di lokasi, api telah marak dan memusnahkan bilik stor dan merebak ke bahagian dapur rumah dua tingkat tersebut," ujarnya.

Kebakaran itu memusnahkan hampir 40 peratus struktur rumah

Beliau menambah, kebakaran itu memusnahkan hampir 40 peratus struktur rumah.

Menurut mangsa berusia 33 tahun itu, kebakaran bermula dari arah bilik stor kediaman sebelum merebak ke bahagian dapur.

Api berjaya dikawal sekitar jam 2.27 petang.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Next Post Previous Post