Lelaki maut, dihempap dan tersepit antara pokok

Mangsa dihempap pokok yang ditebang lali tersepit antara pokok dalam kejadian di Kampung Engkelumai, Jalan Serian Balai Ringin petang tadi.

SERIAN-- Seorang lelaki menemui ajal selepas dihempap pokok yang ditebang lalu tersepit antara pokok berkenaan yang berlaku di Kampung Engkelumai, Jalan Serian Balai Ringin di sini petang tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Abang Sudi berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian itu sekitar 3.19 petang.

Pasukan bomba sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit

"Polis memohon khidmat bomba bagi menurunkan seorang mangsa yang yang tersangkut di hempap pokok ketika menebang dan menggerakkan keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian yang mana jaraknya adalah 30 kilometer dari balai," katanya.

Jelasnya, setibanya bomba di lokasi mendapati ada seorang mangsa tersangkut di atas pokok.

Jengkaut digunakan untuk menurunkan mangsa dari atas pokok

"Komander operasi membuat size up berpandukan konsep RECEO mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersangkut pada pokok yang ditebang.

"Bomba bertindak mendapatkan bantuan jengkaut milik orang kampung bagi mengalihkan batang kayu yang menghempap mangsa pada pokok sebelum berjaya menurunkan mangsa," katanya. 

Mangsa disahkan maut oleh pasukan paramedik KKM yang tiba di lokasi

Tambahnya, setelah mangsa diturunkan, mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik KKM untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Setelah selesai, operasi ditamatkan pada jam 5:30 petang.
Next Post Previous Post