Lebih 100 terbunuh letupan kilang penapisan minyak haram di Nigeria

Gambar hiasan Freepik

ABUJA— Lebih 100 orang terbunuh berikutan letupan di loji penapisan minyak haram di Imo, selatan Nigeria, lapor Agensi Berita Xinhua memetik sumber rasmi dan tempatan pada Sabtu.

Letupan berlaku lewat Jumaat di loji penapisan minyak haram di kawasan Egbema dekat sempadan antara Imo dan Rivers. 

"Berlaku kebakaran di tapak loji haram yang mengakibatkan lebih 100 rentung dan mangsa tidak dapat dikenal pasti," kata pesuruhjaya sumber petroleum di Imo, Goodluck Opiah.

Beliau berkata kerajaan sedang memburu pengendali penapisan minyak haram itu yang dipercayai telah  melarikan diri.

Tapak penapisan minyak haram itu beroperasi dengan mencuri minyak mentah daripada saluran paip milik syarikat minyak.

Vandalisme saluran paip minyak dan kecurian minyak sering dilaporkan di Nigeria, menyebabkan ekonomi negara ini mengalami kerugian besar. 

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.