Kanak-kanak dua tahun maut, lima lagi cedera

Gambar hiasan

KUANTAN—Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kebakaran dua rumah jenis Semi-D setingkat di Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini awal pagi tadi. 

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mangsa yang cedera terdiri daripada dua lelaki, dua wanita serta seorang bayi perempuan berusia lapan bulan. 

"Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 3.15 pagi dan kebakaran melibatkan rumah jenis Semi-D dengan sebuah daripadanya terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi musnah 90 peratus. 

"Turut terjejas dalam kebakaran itu ialah tiga kenderaan dengan satu daripadanya hangus sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata dua jentera bomba dan sebuah lori tangki air bersama-sama kekuatan 18 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Kuantan serta Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. 

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.