Indonesia perkenal semula lawatan tanpa visa untuk warga Asean
Gambar kredit Indonesia Travel |
“Dengan dasar baharu ini, warga asing dari sembilan negara anggota ASEAN yang lain boleh masuk tanpa visa,” kata Pengarah Trafik Imigresen, Amran Aris.
Mereka hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19, negatif ujian saringan PCR yang diambil 48 jam sebelum ketibaan, dan menggunakan aplikasi PeduliLindungi pada telefon mudah alih.
Selain itu, mereka juga tidak lagi perlu menjalani saringan PCR semasa ketibaan jika lulus pemeriksaan suhu.
Setakat ini, lapangan terbang antarabangsa di Yogyakarta, Makassar, Medan dan Pekanbaru telah dibuka semula.
--BERNAMA