Gagal cari kad ATM, pemuda ludah dan ugut pukul ibu dengan besi


MIRI--Seorang lelaki yang bertindak meludah ibunya dalam satu kejadian pada awal pagi Rabu (27 April) di sebuah rumah di Kampung Pujut Tanjong Batu di sini telah cekup polis.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi itu, suspek berusia 44 tahun turut mengugut hendak memukul wanita tersebut menggunakan sebatang besi.

 
Suspek dipercayai "naik minyak" selepas gagal mencari kad bank dan kad pengenalannya di rumah lalu menuduh ibunya menyembunyikan dokumen tersebut.

Susulan kejadian, pengadu yang juga surirumah telah tampil membuat laporan polis.

Kurang 7 jam selepas pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian, suspek telah diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri dan dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah telah dibuka.
Next Post Previous Post