Dua individu direman SPRM kemuka tuntutan palsu kira-kira RM25,000

Dua Individu yang ditahan SPRM membabitkan tuntutan palsu bernilai RM25,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu bagi membantu siasatan selepas disyaki membuat tuntutan palsu penugasan membabitkan nilai kira-kira RM25,000 pada tahun lalu.

Menurut sumber, kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan 38 dan 56 tahun itu dipercayai ditahan petang semalam di Pejabat SPRM Negeri Sembilan. 

 
Perintah reman selama tujuh hari terhadap dua suspek lelaki tersebut sehingga 26 April 2022 dikeluarkan oleh Majistret Intan Syafinaz binti Ros'lin di Mahkamah Khas Trafik Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai telah membuat tuntutan palsu dengan mengemukakan borang tuntutan elaun penugasan bagi tahun 2021 melibatkan jumlah kira-kira RM25,000 atas dua penama lain yang tidak hadir bertugas di sebuah akademi pendidikan di sebuah bandar di Negeri Sembilan pada tempoh berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail yang dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Next Post Previous Post