‘Diintai’ ular sawa dalam tandas

Anggota APM Betong menangkap seekor ular sawa batik di siling tandas rumah seorang penduduk di Kampung Tengah pagi tadi. Gambar kredit APM Betong

BETONG— Seorang penduduk di Kampung Tengah terkejut dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang 12 kaki yang bersembunyi di siling tandas rumahnya.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong, Leftenan Muda (PA) Desem Samuel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.25 pagi oleh penduduk berkenaan memaklumkan penemuan tersebut.

Anggota APM Betong mengambil masa kira-kira 30 minit menangkap reptilia itu kerana ruang yang agak sempit. Gambar kredit APM Betong

Katanya lagi, seramai tiga anggota kemudian dihantar ke lokasi kejadian.

“Pasukan APM mengambil masa kira-kira 30 minit menangkap reptilia itu menggunakan alat penjerut kerana ruang yang agak sempit menyukarkan proses memerangkap dan menangkap ular berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau menambah, ular itu kemudian berjaya ditangkap dan kemudian dilepaskan ke habitat asal.
Next Post Previous Post