Alexson kini Ketua Polis Daerah Miri baharu

Hakemal (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Alexson Naga sambil disaksikan Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata (tengah).

KUCHING—ACP Alexson Naga Chabu kini dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Miri baharu berkuat kuasa semalam, menggantikan ACP Hakemal Hawari.

Sementara jawatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak disandang Superintenden Bingkok John yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Sri Aman.

"Saya telah menyerahkan tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak kepada Tuan Superintenden Bingkok John semalam.

"Jawatan saya sekarang adalah Ketua Polis Daerah Miri," kata Alexson dalam pesanan ringkas hari ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.