Warga emas maut kemalangan


SIBU--Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sibu selepas terlibat kemalangan di Jalan Ding Lik Kwong, di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Jinap Wahet, 92 tahun, berasal dari Kampung Jemoreng, Matu, cedera parah di kepala dan dada akibat kemalangan yang berlaku sekitar jam 1.40 petang. 


"Pada jam kira-kira 5.02 petang, pihak Hospital Sibu mengatakan mangsa telah meninggal dunia pada 2.33 petang di Hospital Sibu," katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, kemalangan itu berlaku melibatkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki, 69, yang merupakan menantu kepada warga emas terbabit bersama seorang lagi penumpang yang merupakan isteri pemandu, berusia 63 tahun. 


"Kemalangan berlaku ketika kereta terbabit yang bergerak lurus dari arah Matu Daro ke arah Sibu.

"Ketika tiba di Jalan Ding Lik Kwong sebelum Jambatan Igan, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di sebelah kiri jalan," jelasnya. 


Tambah Alexson, akibat kemalangan itu, Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan susulan.

Katanya lagi, pemandu terbabit luka di muka, manakala isterinya cedera parah di kepala. 


Sementara ibu mentua yang cedera parah di kepala dan dada disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sibu.

Tegasnya, kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.