Warga emas korban terkini COVID-19 di Sarawak, 1,427 kes baharu

Gambar hiasan

KUCHING: Sarawak merekodkan satu kematian akibat jangkitan COVID-19 dengan 1,427 kes positif baharu direkodkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kes kematian itu melibatkan seorang wanita warga emas berusia 69 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Mukah pada 10 Mac lalu.

"Kes mempunyai latar belakang penyakit komorbid iaitu darah tinggi, dislipidemia dan sejarah penyakit jantung," katanya dalam kenyataan harian COVID-19 hari ini.

Mengenai jumlah kes positif baharu, JPBNS berkata, 513 kes kategori satu, 912 kes kategori dua dan masing-masing satu kes kategori empat dan lima.

"Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 540 kes diikuti Miri (144), Sibu (126), Bintulu (116), Serian (109), Samarahan (91), Sarikei (42), Bau (37), Sri Aman (35), Mukah (16), Betong (15), Limbang (14), Kapit (12), Marudi (11), Subis (11) dan Kabong (10)," jelasnya.

Manakala Meradon, Saratok, Dalat masing-masing (9), Pakan (8), Simunjan, Lundu dan Kanowit masing-masing (7) kes, enam kes masing-masing di Julau dan Daro, Tatau, Matu dan Tebedu masing-masing (4) kes, Asajaya, Pusa, Lubok Antu, Telang Usan dan Beluru masing-masing (3) kes, Lawas (2) dan Sebauh (1).

Selain itu, JPBNS memaklumkan tiada kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan kluster aktif kekal enam.

Dalam pada itu, satu kluster iaitu Kluster DTI Semuja 3 merekodkan penambahan 12 kes hari ini.
Next Post Previous Post