Taktik beli senjata dari luar negara guna kurier tumpas, 5 senjata dirampas

Gambar JKDMS

BINTULU— Lima unit senjata dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas menahan seorang lelaki tempatan yang membeli senjata dari luar negara melalui perkhidmatan kurier di sini, 10 Mac lepas.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Mohd Nadzri Ariffin, suspek berusia 56 tahun itu ditahan sepasukan anggota JKDM daripada Cawangan Penguatkuasaan, Bintulu dan Kuching di kediamannya di Jalan Sebiew pada jam 10.20 pagi.


"Semasa tangkapan dilakukan, suspek telah hadir ke lokasi kejadian dan menuntut sebuah bungkusan disyaki mengandungi perkakasan peralatan senjata (arm part) yang dihantar dari luar negara.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan pasukan JKDM di kediaman suspek katanya telah membawa kepada penemuan dipercayai peralatan senjata berupa dua unit Hatsan Airtact Synthetic Stock, 1 unit BSA Contender Riflescope Hunting Optics Sight, 1 unit (1) Airsoft High Pressure Indicator Ds Tm dan 1set (Scope Extend Mount (ohhunt),” katanya.


Beliau menambah, jumlah keseluruhan nilai senjata yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,125.43.

Modus operandi yang digunakan jelasnya ialah dengan cara mengimport senjata dari luar negara dengan menggunakan perkhidmatan kurier tanpa pengikraran dan permit yang sah.


Kes ini katanya akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967 yang mana jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti Kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai amaun duti Kastam atau RM500,000.00 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, ataupun penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Next Post Previous Post