Ramai peniaga tipu timbangan? KPDNHEP Bintulu rampas RM693,238 - kompaun RM38,850

KPDNHEP akan terus menjalankan pemeriksaan serta pemantauan bagi memastikan harga barangan pada barga berpatutan. Gambar KPDNHEP Bintulu

BINTULU— Nilai rampasan yang berkaitan dengan kesalahan berkaitan perihal dagangan dan kepenggunaan di Bintulu mencecah RM693, 238 yang melibatkan kompaun sebanyak RM38, 850 setakat 25 Mac tahun ini.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu Nazari Harun berkata, sebanyak 29 kes dan sudah dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.


“Pemeriksaan di Sungai Asap pada Jumaat lepas mendapati enam dari 26 premis yang diperiksa dikesan melakukan kesalahan dan disiasat di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.

Memurutnya, KPDNHEP akan terus menjalankan pemeriksaan serta pemantauan yang dijalankan secara berkala bagi memastikan harga barangan khususnya barangan asas berada pada barga berpatutan.


"Sebagai rekod, kami telah menjalankan pemeriksaan ke 1, 245 buah premis di Bahagian Bintulu termasuk Daerah Tatau dan Sebauh bagi memastikan bekalan barangan asas mencukupi dan dalam masa sama memastikan pematuhan terhadap harga barangan."

Nazari dalam masa sama menasihatkan orang awam atau agar menyalurkan terus segala kes berkaitan barangan serta isu kepenggunaan ke portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800 atau emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my.
Next Post Previous Post