Premier Sarawak positif COVID-19

Abang Johari semasa Pelancaran Program Sarawak X-tive di Gedong. Gambar kredit Sarawakku

MIRI— Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah yang mewakili Abang Johari pada majlis perasmian Hari Wanita Sarawak di Miri hari ini.

“Saya ingin menyampaikan salam kemaafan daripada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari kerana tidak dapat hadir bagi merasmikan majlis pada pagi ini kerana beliau telah disahkan positif COVID-19," katanya.

Jelas Fatimah, pihaknya dimaklumkan mengenai berita tersebut pada jam 9 malam, malam tadi.

“Sama-sama kita berdoa agar Premier Sarawak kita cepat sembuh seperti sedia kala,” ujarnya.

Sebelum ini, Abang Johari dijadualkan merasmikan sambutan Hari Wanita Sarawak 2022 (HW22) yang berlangsung di Miri, hari ini.

Setakat ini belum ada pemakluman rasmi daripada Pejabat Premier Sarawak berhubung perkara itu.
Next Post Previous Post