Minyak mentah cecah paras tertinggi
Setakat jam 2.07 petang, niaga hadapan minyak mentah Brent meneruskan pergerakan rancak tanpa henti, melonjak sebanyak 3.62 peratus kepada US$117 setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 3.44 peratus kepada US$114.40 setong.
Terdahulu, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat setinggi US$118.22 setong, tertinggi sejak Februari 2013.
Pasaran bertindak balas terhadap pusingan terbaru sekatan Amerika Syarikat ke atas sektor penapisan Rusia, membawa kepada kebimbangan bahawa sekatan eksport boleh beralih kepada sektor minyak dan gas Rusia.
Susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, harga minyak mentah Brent telah melambung melebihi US$100 setong berikutan kebimbangan gangguan bekalan. Rusia menyumbang kira-kira 10 peratus daripada bekalan minyak global.
Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa seperti yang dilaporkan oleh CNBC, Rusia ialah pengeluar minyak ketiga dunia, dan pengeksport minyak terbesar ke pasaran global.
Semalam, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, termasuk Rusia, mengambil keputusan mengekalkan pertambahan dalam pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Mac.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.