Lori bawa muatan kayu balak dipercayai tanpa mempunyai dokumen sah dirampas di Limbang


LIMBANG: Tindakan sebuah lori membawa muatan kayu balak dipercayai tanpa mempunyai dokumen sah terbongkar dalam satu pemeriksaan dijalankan sepasukan Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Limbang pada Isnin. 

Pasukan Polis Marin Sarawak melalui perkongsian di laman rasmi Facebook pada Isnin berkata dalam pemeriksaan tersebut pihaknya mendapati kayu dalam lori tersebut tidak mempunyai tanda JH/Tiasa dan dokumen yang sah.

“Seorang pemandu serta barang kes ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015. 

“Laporan polis dibuat dan kes akan dirujuk dengan Pihak Jabatan Hutan Limbang untuk tindakan lanjut untuk siasatan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015,”kata kenyataan itu lagi.
Next Post Previous Post