Lelaki tidak sempat menikmati hasil curi, ditahan selepas 18 jam

Gambar PDRM Bintulu

BINTULU—Seorang lelaki hanya sempat melarikan barangan curi selama 18 jam selepas ditangkap dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Sebiew pada jam 12.05 tengah malam kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili, sejurus berjaya menahan suspek yang berusia 26 tahun itu, suspek menunjukkan lokasi di mana barangan curi disembunyikan.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bintulu katanya menemui semula barangan yang dilarikan berupa dua utas jam tangan, seunit kamera litar tertutup (CCTV) dan satu beg silang.


"Hasil semakan yang dijalankan mendapatkan suspek mempunyai 10 rekod jenayah yang melibatkan kes curi, curi kenderaan, pecah rumah, judi dan berkaitan dadah," jelas beliau.

Suspek dalam pada itu sebelum ini ujarnya, turut mempunyai tiga rekod kes jenayah pecah rumah di Miri.


Kes ini katanya akan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika disabit salah suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda beserta sebatan.

Suspek katanya sudah dibawah ke Mahkamah Majistret Bintulu bagi permohonan reman dan kini direman selama 4 hari sehingga 17 Mac bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, pada awal pagi Sabtu sekitar jam 6 pagi bertempat di premis makanan milik di Jalan Aban Galau, pemilik premis terkejut selepas mendapati premisnya dipecah masuk dengan beberapa barangan dalamnya dilarikan pencuri.

Pada hari sama, pemilik premis telah membuat laporan polis bagi membolehkan lanjut dijalankan.
Next Post Previous Post