Lelaki amuk parang,kayu ditahan

Suspek ditahan selepas cuba menyerang ahli keluarga menggunakan parang dan kayu. Gambar kredit IPD Miri

MIRI— Seorang lelaki bertindak gila apabila cuba menyerang ahli keluarga menggunakan parang dan kayu dalam kejadian amuk di rumah kakaknya di Kampung Beraya Batu 1, Bekenu petang Selasa.

Tindakan lelaki tersebut telah menyebabkan anggota keluarga di dalam rumah bertempiaran lari ketakutan sebelum menghubungi polis meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata, susulan itu anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dibantu Unit Ronda Cegah Jenayah Bekenu telah pergi ke lokasi kejadian.

“Suspek berusia 33 tahun berjaya ditahan di kediaman kakaknya sekitar jam 4.30 petang hari yang sama.

“Suspek telah di bawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.
Next Post Previous Post