KEMAS Lawas juara Kebangsaan video PdPR

Helina Chelin (kiri) Pengarah KEMAS Sarawak  Khairuddin Md Nasir bergambar pada majlis itu

LAWAS—Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Lawas menggungguli penerima Anugerah Video PdPR Paling Popular dan juga Naib Johan bagi Anugerah Amalan Terbaik PdPR Kategori TASKA Kebangsaan.

Anugerah membanggakan itu diterima pada Majlis Anugerah Inovasi dan Multimedia Pendidikan Awal Kanak-kanak (AIMPAK) Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia di Hotel Grand Darul Makmur, Pahang pada Ahad.


Kemenangan itu membuktikan KEMAS Negeri Sarawak mempunyai kemampuan dan kebolehan dalam menghasilkan video pembelajaran yang berkualiti apabila pendidik masyarakat yang telah mewakili Negeri Sarawak ke Peringkat Kebangsaan telah berjaya memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Antara anugerah yang telah dimenangi adalah Anugerah Amalan Terbaik PdPR Kategori TABIKA yang telah diwakili oleh Cikgu Amalina Bujang Narawi dari daerah Simunjan yang turut mendapat johan bagi kategori tersebut. 


Manakala Pendidik Masyarakat TASKA dari daerah Lawas iaitu Helina Chelin Entili berjaya merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Video PdPR Paling Popular dan juga Naib Johan bagi Anugerah Amalan Terbaik PdPR Kategori TASKA.

Warga Kemas daerah Lawas melihat kejayaan ini akan menaikkan lagi semangat pendidik masyarakat ini untuk lebih konsisten dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran yang lebih bermutu dan berkualiti kelak. 


Malahan ini juga memberikan inspirasi kepada semua pendidik masyarakat yang lain amnya untuk sama-sama mencuba dan menyerlahkan bakat masing-masing yang perlu digilap dengan baik.

Turut sama pada majlis itu Pengarah KEMAS Sarawak Khairuddin Md Nasir.
Next Post Previous Post